I made this widget at MyFlashFetish.com.

March 27, 2011

DUNIA SEMAKIN NAZAK...

5 kejadian tsunami paling dahsyat...

1) tsunami pada zaman yunani..
   tsunami ini di catatkan sebagai kejadian pertama di rekodkan dalam sejarah. ia berpunca dari letupan gunung di Pulau Santorini. ketinggian tsunami mencecah sehingga 15 meter berlaku pada tahun1500 sebelum masihi. kejadian ini turut melenyapkan sebuah tamadun di kenali minoa yang turut mengorbankan 100,000 nyawa...

2) tsunami di Portugal, Sepanyol dan Maghribi..
   tsunami ini berlaku akibat gempa bumi yang berpusat di bawah tanah Lautan Atlantik telah memusnahkan bandar Lisbon, Portugal, beberapa bahagaian di Sepanyol dan Maghribi. peristiwa yang berlaku pada tahun 1755 telah mengorbankan lebih 60,000 nyawa.

3) tsunami Laut Cina Selatan..
   tsunami ini yang berlaku pada 1782 telah merosakkan sebahagian Taiwan dan sejumlah lebih 40,000 nyawa telah terkorban. dikatakan tsunami ini melanda sejauh 120 km di daratan.


4) tsunami akibat letupan Gunung Berapi Krakatau, Indonesia..
   kejadian tsunami ini berlaku pada 1883 dan telah mengorbankan lebih 36,000 nyawa. Ombak tsunami mencecah 40 meter dan memusnahkan 165 kampung di Jawa dan Sumatera.
letupan gunung berapi ini di katakan paling kuat dalam sejarah..

5) tsunami Aceh
   kejadian ini berlaku pada 26 Disember 2004 berikutan gempa bumi yang berlaku pada skala 9.2 skala Richter. tsunami ini melanda Aceh, India, Sri Lanka, Thailand, Maldives dan wilayah Timur Afrika. lebih 226,000 nyawa terkorban dengan 166,000 mangsa dari Indonesia. tsunami ini adalah antara yang paling dahsyat pernah berlakudalam sejarah dunia.


Ya,ALLAH,,jauhkan la Malaysia dari tsunami dan segala macam bencana yang dahsyat2...
nauzubillah~
dunia semakin tua........ :(

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger