I made this widget at MyFlashFetish.com.

August 28, 2012

MENGUMPAT ? oH No..ABAIKAN.. =='


Katakan Tidak Pada :
MENGUMPAT "

"...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah Al-Hujuraat, ayat 12)
Seperti yang kita tahu, mengumpat ialah bercakap tentang perkara yang tidak disukai orang yang diumpat - yakni perkara yang jika orang itu tahu kita berkata mengenainya boleh menyebabkan dia berkecil hati atau marah. Jika kita tidak berhati-hati, perkara yang diumpat juga boleh menjadi fitnah jika tidak diketahui kesahihannya.
"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya."
(Surah An-Nuur, ayat 15)
Orang yang mengiyakan perkara yang diumpat juga samalah seperti orang yang mengumpat. Manakala orang yang hanya mendengar umpatan (terutamanya yang tidak diketahui kebenarannya) tanpa berbuat apa-apa pula sepatutnya mengingatkan orang yang sedang mengumpat tentang bahaya menyebarkan khabar angin tersebut. Allah SWT berfirman:
"Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan."
(Surah An-Nuur, ayat 16)
Ya, manusia dicipta dengan berbagai-bagai ragam dan perangai. Tak terkecuali juga 'kaki-kaki mengumpat'. Apabila rakan kita sudah mula membuka tingkap 'kafe mengumpat', bagaimana kita nak elak ya? Pahala dah lah tak banyak mana, nak sedekahkan pula pahala kepada rakan kita yang diumpat tu. Jadi, bagaimana nak elak daripada mendengar umpatan?
Petua:
1. Jika kita benar-benar sayangkan rakan kita dan kita mempunyai kekuatan dan keberanian untuk menegur, tegurlah. Tegur ada banyak metodenya. Tegur secara baik dan halus, atau tegur secara direct dan ringkas. Metode ini bergantung kepada mad'u tersebut. Sekiranya dia seorang yang sensitif, tegurlah secara baik dan halus. Dan sekiranya dia seorang yang lambatpickup atau tak berapa nak sensitif, tegurlah secara direct dan ringkas. Tetapi mesti secara BERHIKMAH.
[Dulu, saya pernah menegur sahabat saya yang berbuat kesalahan dengan cara agak kasar. Akibatnya, api pergaduhan mula dinyalakan, dan akhirnya, dakwah itu tidak sampai, astaghfirullah. Tetapi saya sudah meminta maaf dan kami sudahpun berbaik. Sebab itulah pentingnya dakwah secara hikmah.]
2. Sekiranya si fulan yang mengumpat itu merupakan orang yang lebih tua daripada kita, atau merupakan seorang yang agak ego (susah nak terima nasihat dan pendapat), dan kita pula tidak mempunyai kekuatan dan keberanian untuk menegur, maka dakwahlah secara perlahan-lahan:
  • Sewaktu 'sesi umpatan' itu, buatlah mimik muka bosan atau tidak berminat dengan percakapannya. Jangan pandang wajahnya secara terus sewaktu sesi tersebut, sebaliknya lilau-lilaukanlah mata ke tempat lain, menunjukkan kita sudah bosan mendengar kata-katanya. Dan, paling penting, janganlah tambah kehangatan sesi itu dengan "Ohh, yeke?" atau "Ohh, tak sangka macam tu.."
  • Selain itu, kita boleh berpura-pura sedang kesempitan atau mengejar masa. Sesekali kerling jam tangan, atau sekiranya tidak memakai jam tangan sewaktu itu, tanya si fulan itu, "Eh, dah pukul berapa ya sekarang?" 
  • Kita juga boleh cuba selitkan sekali-sekala tentang keburukan kita - menunjukkan betapa banyaknya keburukan kita dan betapa tidak layaknya kita untuk menilai dan mengumpat orang lain.
  • Setelah sesi umpatan tersebut berakhir, berikan artikel kepadanya tentang keburukan mengumpat dan seumpama dengannya. Sekarang ni kan teknologi dah canggih, printsahaja artikel daripada iluvislam atau mana-mana blog yang boleh dipercayai kesahihannya, dan berikan kepada si fulan itu. Atau lebih mudah, sebarkan sahaja diFacebook. Lambat-laun, insya-Allah, dengan berkat usaha dan doa kita, hatinya akan lembut. Tapi hidayah tu milik Allah, kita cuma perlu berusaha saja dan selebihnya kita serahkan kepada Allah.
Akan tetapi, kadangkala kita perlu berkata tentang keburukan seseorang, contohnya, apabila kita hendak melaporkan tentang kezaliman seorang pemimpin terhadap orang bawahannya atau apabila hendak membuat laporan kepada pihak berkuasa tentang maksiat yang berlaku. 
Apa-apa pun, berhati-hatilah dalam berbicara, pastikan kesahihan laporan itu dan pastikan juga tiada unsur tokok tambah. Dan yang paling penting, niatkan kerana Allah.

INTABIH JAIDAN KULLUKUM..INNAALLAHA MAANA.. :)


"Betapa indah sebuah kesabaran
Tatkala tak kulihat wajahmu yang menawan
Jika suatu hari atau pada saat tertentu
Dunia dijual, betapa tinggi harganya..."
(Syair Arab)
Bersabarlah saat menanti kerana ia sebuah keindahan. Dan masa akan sentiasa berlalu. Bergerak pantas tanpa tuju. Allah yang menggerakkan waktu. Sampai suatu saat itu, segalanya akan berakhir dan pastinya akan berlalu.
Berakhir bererti tamatlah sebuah cerita. Buat mereka yang menjaga jiwa dan anggota, maka beruntunglah. Jua pada sekeping hati yang penuh percaya pada Allah Maha Pencipta, turut sama termasuk di dalam sebuah cerita. Bahawa cinta itu penuh kebaikan dan hasanah. Yang menuntut sepenuh kepercayaan jiwa dan raga.
" Di Tangan Engkaulah segala kebaikan." 
(Surah Ali Imran ayat 26)
Dan manusia itu akan sentiasa menanti. Saat yang seharusnya umum setiap manusia bernama hamba menunggu. Bertemu Rabbil Izzati. Bertemu wajah cinta nan suci. Betapa sukar detik-detik sebelumnya. Betapa jatuh dan bangun setiap hamba. Bernafas pada udara yang diciptakan Allah. Sungguh, ia anugerah terindah.
" Dan Dia memberi balasan kepada mereka dengan syurga dan pakaian sutera." 
(Surah Al Insaan ayat 12)
Dia kirimkan utusan. Di kiri dan kanan. Saat hamba terpandang suatu cahaya, maka beruntunglah ia. Dan andai sebaliknya, sungguh percayalah. Bahawa ia menuntut waktu yang lama untuk kembali membelek kusam-kusam hati. Dan berbezalah mereka yang menjaga hati demi menanti sebuah cinta yang sejati.
Namun, saat hati sedang menanti. Begitulah lumrah seorang hamba. Ingin dikurniai sebuah cinta. Ia mahu zahirnya halal. Ia mahu batinnya terindah. Titip-titip kesabaran jadi ubat. Kiri dan kanan sentiasa utusan menemani. Namun taqwa dan iman sahaja mampu memegang. Untuk sentiasa masuk ke catatan kanan.
" Mereka katakan, jangan biarkan pandangan mata
Dua mata yang bertatap tentukan berpandangan
Bertukar celak mata adalah hal yang binasa
Jika pandangan itu dengan menjaga perasaan...."
(Syair Manaqib al-Syafi'e)
Hati itu lembut. Hati itu menyerahnya mudah. Hati itu sudah tentu mudah menangis. Ramai hamba menangis. Kerana hatinya menanti sebuah cinta. Kerana kesedaran menanti cinta halal itu terbukti berduri ranjaunya. Kerana Allah jualah yang membolak balikkan hati. Kerana Allah jualah cinta itu berhak untuk menanti. Betapa cinta itu lumrah. Betapa solat itu imarah. Untuk menghilangkan kelaparan.
" Kesukaanku dijadikan di dalam solat dan aku dijadikan meyukai wanita serta wangian. Orang yang lapar kenyang dan orang yang dahaga dapat minum sepuasnya. Sedangkan aku tidak kenyang kerna mencintai solat dan wanita." 
(Hadis Riwayat Sahih Muslim)
Menangis sekeping hati. Saat hamba bertemu rasa sebenarnya. Pada titik sebuah cinta. Pengharapan dan keyakinan yang menebal. Bangitkan cahaya yang kusam kan menjadi terang benderang. Lalu berpautlah pada ayat-ayat cinta dari Tuhan Penguasa Cinta. Penuh isi. Penuh hikmah. Cukup benar, demi menanti sebuah cinta.
Demi cinta yang terpelihara, berjuang untuknya tak harus berkurang. Malah bertambahnya ia pada kualiti berbanding kuantiti. Menyesakkan jiwa bisa bangkit sebuah rasa yang takkan termampu dihurai dek kata. Mereka menegur, dia tersenyum. Mereka membantah, dia berhikmah. Mereka berbuat zalim dia kan berdakwah. Membaiki zarah-zarah kecil pada pasak hati. DEMI dan HANYA cinta sejati.
"Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka, iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan." 
(Surah As-Sajadah ayat 17)
Ayat-ayat cinta, takkan pernah tertelan dek zaman. Bahawa janji Allah adalah sentiasa pasti. Cinta tidak harus memiliki. Cinta itu harus dibiar seri. Ditambah baja-baja hijrah dan istiqamah. Lalu nawaitu meluruskan iktikad. Dan terus, bertemulah titik cinta sejati. Yang sebelumnya dipenuhi rahsia.
Cinta sejati sentiasa rasa dekat di hati. Kerna istikharah berbisik sepi. Untuk mereka yang sangsi. Telah bertasbih doa, bahawa harusnya Allah kurniakan pengakhiran. Yang terbaik buat diri. Yang terbaik untuk kini dan selamanya. Itu isi yang terpateri. Pada sebuah janji yang berzikir sambil menanti.
"Apakah Allah menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu zahirkan dan rahsiakan), Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui." 
(Surah Al-Mulk ayat 14)
Takkan menghilang rasa di hati. Andai sentiasa hati mahu nama bersemi. Pada sujud sebuah cinta. Pada tetap sebuah usaha. Pada yakin sebuah janji. Dan pada sabar pada goda di sisi. Berjuang hamba memperbaiki diri, bukan untuk si dia yang dinanti. Berjuang hamba pada Ilahi, demi jadi hamba sejati. Betapa indah tiada terperi, sebuah cinta yang menanti.
"Allah berfirman, ' Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang salih apa-apa yang belum dilihat mata dan didengar telinga serta tidak terlintas di dalam hati manusia, tidak seperti yang kalian pernah lihat." 
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmidzi)
Sungguh, cinta ini Demi dan Hanya untukNya!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger