I made this widget at MyFlashFetish.com.

July 19, 2011

fitnah zaman sekarang...


alt


"Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita." (Shahih, HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda,
"Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya, lalu Dia akan melihat bagaimana kalian berbuat. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, karena awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya." (Shahih, HR. Muslim)
Pada zaman sekarang ini, kemajuan teknologi mempermudahkan pergaulan antara lelaki dan wanita dan salah satu medium yang di gunakan untuk berhubung ialah laman web sosial seperti Facebook, twitter, blog dan banyak lagi. Di dalam kesibukan kita bersosial dengan meng'update' 'status', meng'comment', me'like' dan macam-macam lagi sedarkah kita bahawa apa saja yang kita lakukan itu boleh menimbulkan fitnah? Terutama sekali sekiranya ia melibatkan perhubungan komunikasi sosial di antara lelaki dan wanita. Sedarkah kita setiap gerak-geri kita dapat di lihat dan di baca oleh orang ramai melalui status,komen dan gambar-gambar yang terpapar lalu kemungkinan besar fitnah akan tersebar?
Sebagai contoh untuk memperlihatkan mudahnya fitnah tersebar di Facebook:
A: "Eh kau sedar tak? Mr X tu selalu je 'like' status Miss Y,"
B: "A'aa! Aku pun prasan gak, kat 'news feed' hari tu aku terbaca Mr X 'comment' kat 'profile picture' Miss Y, siap dengan ketawa mesra-mesra lagi, jangan-jangan mereka 'couple' kot?"
C: "Eh korang ni, tak baik tau cakap benda-benda macam ni. Mereka kawan je kot. kan Miss Y tu adik kawan baik Mr X, lagi pun mereka kan ahli persatuan pelajar islam kat kolej kita tak mungkin mereka 'couple', kan 'couple' itu haram,"
A: "Eh tak kan cuma kawan? Aku tengok hari tu 'wall page' si Miss Y penuh dengan 'comment' dan 'like' dari Mr X. Yelah, aku tengah 'curious' sangat hari tu jadi aku cek lah 'wall page' mereka berdua,"
C: "Tapi mereka kan cakap tentang benda-benda biasa je dan bergurau tu kan biasa antara kawan, aku yakin mereka takkan terjebak dengan gejala 'couple' ni, jangan asyik berburuk sangka dengan orang,"
 B: "Tapi kau tak tau kan kalau-kalau dorang  bertukar 'inbox' antara satu sama lain?"
C: "..."
Contoh di atas mungkin kedengaran seperti mustahil kepada sesetengah orang tetapi perlu kita ingat fitnah itu datang dalam banyak bentuk sama ada jelas atau tidak dan kita sedari atau tidak kita sedari.  Jadi apa salahnya kita mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghindari diri dari di 'gossip' hingga menjadi fitnah. Walaupun niat kita baik namun jika di lihat oleh mata luar mungkin ia akan menjadi fitnah jadi berhati-hatilah dalam mengunakan laman web sosial seperti Facebook ini.
Nasihat untuk semua jangan terlalu asyik bersosial dan jangan terpedaya dengan helah internet. Jangan lupa walaupun kita berada di alam maya dan  bukan berinteraksi dengan nyata. Walaupun kita bukan berinteraksi dengan nyata, kita tetap wajib menjaga tatasusila yang berlandaskan agama islam yang melarang pergaulan tanpa sebab dan batas antara dua jantina. Sentiasalah beringat dan berwaspadalah akan fitnah yang mungkin timbul ketika kita asyik mengunakan kemudahan internet.
Tundukanlah pandangan mu di alam nyata dan alam maya.
Firman Allah dalam Surat An-Nuur: 30-31 yang ertinya:
 "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya..."

aiR taNgan OraNg tAk sOlat..


alt

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. 
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".  Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger